Sunday, 17 September 2017

Tempoh tunggu tunai haji kurang 13 tahun: Jamil Khir

Tempoh tunggu tunai haji kurang 13 tahun: Jamil Khir


BANGI, 28 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Tempoh menunggu untuk menunaikan haji dipendekkan daripada 102 tahun kepada 89 tahun berikutan penambahan kuota haji yang diberikan Arab Saudi. Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dengan berkata, sebelum ini hanya 27,900 yang dipilih untuk menunaikan haji, selepas ini jumlahnya meningkat kepada  30,200 orang. “Dengan penambahan kuota haji, tempoh menunggu dikurangkan 13 tahun dan kita bersyukur dengan perkembangan ini,” katanya. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) di Dewan Rakyat, hari ini. Januari lalu, kuota haji Malaysia dikembalikan kepada 27,900 berbanding 22,230 orang sejak 2013. Sementara itu mengulas mengenai kadar hibah Tabung Haji bagi tahun kewangan 2016 yang diumumkan bulan lalu, Jamil Khir berkata,  4.25 peratus yang diberikan kepada 9.1 juta pendepositnya adalah kompetitif berbanding simpanan di institusi perbankan Islam lain. Katanya, simpanan di Tabung Haji dijamin oleh kerajaan dan pemberian hibah sudah mengambil kira 2.5 peratus bayaran zakat tahun 2016 iaitu sebanyak RM60.3 juta 

(Sumber : Read more at: https://www.menara.my/tempoh-tunggu-tunai-haji-kurang-13-tahun-jamil-khir/)

Perkampungan Malaysia di Tanah Suci menuju realiti- Tabung Haji

`Perkampungan Malaysia' di Tanah Suci menuju realiti

08 September 2017 12:05 PM
MEKAH 8 Sept. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan membuat penilaian pelaburan dalam waktu terdekat bagi memastikan pembinaan Kompleks Tabung Haji di Mekah dan Madinah dapat direalisasikan segera.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, pelaburan penginapan jangka panjang di Tanah Suci mempunyai kerangka positif, apatah lagi selepas melihat kos pengurusan semakin meningkat yang memerlukan penyelesaian.
"Sebab apa kita perlu mendapatkan penginapan jangka panjang (pembinaan kompleks) kerana di Tabung Haji, sama ada kita suka atau tidak, setiap tahun kita akan terus menguruskan jemaah haji ke Tanah Suci ini.
"Berdasarkan itu dan melihat kepada aspek kekangan untuk kos dan bagaimana Tabung Haji perlu menangani, maka jalan penyelesaian adalah mendapatkan tapak bagi dibangunkan kompleks pentadbiran dan penginapan jemaah haji ini," katanya di ibu pejabat Tabung Haji bangunan Abraj Al-Janadriyah di sini hari ini.

Kata Johan, secara jangka panjangnya, ia amat praktikal sekali dan kompleks penginapan itu apabila menjadi kenyataan umpama sebuah `Perkampungan Malaysia' di Mekah dan Madinah. - UTUSAN ONLINE

Tuesday, 12 September 2017

Perjanjian 10 tahun, Tabung Haji-Al Rawda

Perjanjian 10 tahun, Tabung Haji-Al Rawda

05 September 2017 7:12 AM
MEKAH 4 Sept. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hari ini memeterai perjanjian lanjutan pajakan hotel dengan syarikat Al-Rawda Investment For Real Estate Development & Project Management Ltd (Al-Rawda), pemilik beberapa rangkaian hotel di Madinah dan Mekah untuk tempoh 10 tahun akan datang, tanpa sebarang kenaikan kos sewaan.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, persefahaman itu bertujuan memastikan untuk tempoh mendatang itu, jemaah haji Malaysia dapat mendiami hotel yang hampir dengan Masjid Nabawi di Madinah serta sebuah hotel di Mekah yang berhampiran Masjidilharam.

"Di bawah syarikat Al-Rawda, ini ada lima hotel, satu di Mekah dan selebihnya di Madinah. Hari ini kita memeterai perjanjian bagi dua hotel iaitu Hotel Al-Haram dan Hotel Al Saha, di mana kedua-duanya di Madinah sehingga 2027," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Al-Rawda, Dr. Mashhoor Ali Al Madodi;  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki serta beberapa Menteri kabinet dan Timbalan Menteri serta pengurusan kanan Tabung Haji.

Dalam perkembangan lain, Abdul Azeez berkata, esok beliau dan Ahli Lembaga Pengarah akan ke Madinah untuk melihat berapa lokasi termasuklah tanah kepunyaan Kementerian Kewangan Arab Saudi yang ditawarkan kepada Malaysia dan Tabung Haji untuk dibangunkan kompleks haji di Madinah, selain di Mekah.

"Jika semuanya berjalan lancar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan datang ke Mekah dan Madinah pada bulan Disember ini untuk merasmikan perletakan logo Tabung Haji dan menyaksikan majlis tandatangan perjanjian pembinaan Kompleks Tabung Haji ini.

"Tabung Haji mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang sentiasa prihatin dan turun padang membantu Tabung Haji dan jemaah haji mendapatkan pelbagai keistimewaan hasil hubungan baik beliau (Najib) dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud," katanya. – Sumber : UTUSAN ONLINE

Perkara Penting Untuk Umrah

Perkara Penting Untuk Umrah



Dokumen
  • Pasport Antarabangsa (sahlaku melebihi 6 bulan dari tarikh berlepas dan mempunyai lebih dari 3 muka surat kosong).
  • 3 keping gambar (ukuran 4×6 cm – latar belakang putih dan bahagian muka zoom 75%).
  • Salinan surat nikah bagi suami isteri.
  • Salinan sijil kelahiran untuk anak-anak yang dibawa bersama.
  • Surat kebenaran (consent letter) bagi Jemaah yang menumpang mahram.
  • Buku/sijil suntikan meningitis ACYW 135.

Pembatalan
  • Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya jemaah membuat pembatalan tanpa sebab munasabah
  • Caj pengurusan sebanyak RM250.00 seorang akan dikenakan sekiranya jemaah membuat pembatalan setelah visa diuruskan.
Maklumat Lain
  • Urusan Badal Haji (RM3000).
  • Urusan Badal Umrah
  • Urusan Aqiqah/Kurban

HUBUNGI : HJ RAHIM 0167196322 MAKLUMAT LANJUT (JB)

Buat Umrah terlebih dahulu sementara menunggu giliran sehingga 65 tahun untuk menunaikan ibadah

Buat Umrah terlebih dahulu sementara menunggu giliran sehingga 65 tahun untuk menunaikan ibadah haji. (http://www.astroawani.com/berita-malaysia)

KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini yang berkemampuan dinasihatkan mengerjakan umrah terlebih dahulu sementara menunggu giliran sehingga 65 tahun untuk menunaikan ibadah haji. Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, cadangan itu diberikan kerana jumlah rakyat berdaftar untuk menunaikan haji kini sudah mencecah 1.6 juta orang. "Kuota jemaah haji negara kini adalah kira-kira 27,900 orang dan selepas dikurangkan, ia hanya 22,320 orang sahaja bagi setiap tahun."Seandainya individu itu mendaftar tahun ini, mereka akan mengambil kira-kira 65 tahun lagi untuk dapat menunaikan haji," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Abdul Azeez mengulas tempoh menunggu bagi setiap rakyat negara ini yang berhasrat untuk menunaikan haji seandainya mendaftar pada tahun ini. Pada 2013, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata dari segi teknikal umat Islam di negara ini yang mendaftar untuk menunaikan haji terpaksa menunggu 50 tahun untuk ke Tanah Suci.

Kata Jamil Khir, ketika ini terdapat 1.2 juta daripada 8.2 juta pendeposit TH sedang menunggu giliran menunaikan ibadah itu. Bagaimanapun kata Abdul Azeez, perkara itu akan diteliti dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk faktor kesihatan dan juga umur pemohon. "Faktor umur adalah yang paling utama kerana kami akan bagi peluang kepada individu berumur 65 tahun ke atas yang belum pernah menunaikan haji untuk pergi terlebih dahulu," ujarnya. Dalam pada itu kata Abdul Azeez rekod kategori warga emas berumur 75 tahun ke atas dalam sistem kini berjumlah 17,000 orang. Dari segi caj pula katanya, harga sedia ada setiap jemaah adalah RM16,155 seorang tanpa subsidi. "TH memberi subsidi RM6,175. Maka harga pakej biasa ialah RM9,980 bagi jemaah kali pertama," jelasnya.

Promosi Umrah Felda Travel (Pakej Umrah Termurah 2017)




HUBUNGI HJ RAHIM UNIT UMRAH FELDA TRAVEL JB 0167196322
Jadual dan Tarikh Umrah April 2017- Dis 2017

Contoh Aturcara Umrah by Felda Travel
Berikut adalah contoh aturcara pakej umrah oleh Felda Travel. Tertakluk kepada perubahan.

Hari 1: Berlepas ke Jeddah. 
Lapor diri di KLIA, Sepang. Tiba di Jeddah. Ketibaan anda akan diurus untuk ke Madinah.

Hari 2: Madinah - Tiba di Madinah. 
Daftar masuk hotel. Anda akan dimaklumkan tentang aktiviti ziarah di Madinah. Ziarah dalam Madinah Maqam Rasullah s.a.w, Saidina Abu Bakar ra. Dan Saidina Omar ra. Dan Perkuburan Al Baqe.

Hari 3: Ziarah luar Madinah
Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud di mana terdapat Maqam Penghulu Syuhada Sy Hamzah, Medan Peperangan Khandaq, Ladang Kurma dan Pasar Kurma.

Hari 4: Bertolak ke Makkah
Laksanakan Ziarah Wada'. Siap sedia berihram/Niat di hotel atau di Bir Ali (Miqat). Berangkat ke Makkah. Tiba di Makkah, daftar masuk hotel
Bimbingan oleh Mutawif untuk mengerjakan Umrah yang pertama.

Hari 5: Acara bebas.

Hari 6: Program Lawatan di Makkah
Muzium Haramain atau Khiswah Kaabah (tertakluk kepada kelulusan oleh Kementerian Arab Saudi), Ladang Unta, Masjid Hudaibiyah.

Hari 7: Acara bebas.

Hari 8: Program Lawatan di Makkah
Jabal Thur, Jabal Nur (lihat dari jauh), Jabal Rahmah (Arafah), Muzdalifah, Mina dan berakhir di Jaaranah (Miqat Umrah).

Hari 9-10: Acara bebas.

Hari 11: Berangkat pulang ke Tanah Air
Laksanakan Tawaf Wada'. Melawat Bandaraya Jeddah (melihat Siti Hawa dari dalam bas), Pasar Qurnish dan Masjid Terapung sebelum ke Lapangan Terbang. Berlepas ke Kuala Lumpur.

Hari 12: Tiba di KLIA, Sepang

Pakej Termasuk:
  • Tiket Kapal Terbang pergi dan balik
  • Cukai Lapangan Terbang
  • Pengangkutan sepanjang aturcara
  • Penginapan di Hotel berhampiran Masjid Nabawi dan Masjidil Haram*
  • Lawatan di Mekah dan Madinah 
  • Makan*
  • Khidmat Mutawwif
  • Air Zam Zam 5 Liter
  • Beg Kabin Troli, Beg Sandang, Beg Bagasi Troli, Buku Panduan, Tag Nama dan Mafla*
  • Urusan Visa Umrah 
  • Insuran
*bergantung kepada pakej yang dipilih

Selain itu, Felda Travel juga turut menyediakan perlancongan di dalam dan luar negara serta Haji

Kredit (Rujukan : http://suzlinazreena.blogspot.com)