`Perkampungan Malaysia' di Tanah Suci menuju realiti
08 September 2017 12:05 PM
MEKAH 8 Sept. -
Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan membuat penilaian pelaburan dalam waktu terdekat
bagi memastikan pembinaan Kompleks Tabung Haji di Mekah dan Madinah dapat
direalisasikan segera.
Pengarah Urusan
Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah
berkata, pelaburan penginapan jangka panjang di Tanah Suci mempunyai kerangka
positif, apatah lagi selepas melihat kos pengurusan semakin meningkat yang
memerlukan penyelesaian.
"Sebab apa
kita perlu mendapatkan penginapan jangka panjang (pembinaan kompleks) kerana di
Tabung Haji, sama ada kita suka atau tidak, setiap tahun kita akan terus
menguruskan jemaah haji ke Tanah Suci ini.
"Berdasarkan
itu dan melihat kepada aspek kekangan untuk kos dan bagaimana Tabung Haji perlu
menangani, maka jalan penyelesaian adalah mendapatkan tapak bagi dibangunkan
kompleks pentadbiran dan penginapan jemaah haji ini," katanya di ibu
pejabat Tabung Haji bangunan Abraj Al-Janadriyah di sini hari ini.
Kata Johan, secara
jangka panjangnya, ia amat praktikal sekali dan kompleks penginapan itu apabila
menjadi kenyataan umpama sebuah `Perkampungan Malaysia' di Mekah dan Madinah. -
UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment