Thursday, 29 January 2015

BIODATA PENULIS

        



Biodata Cr Haji Rahim

RANGKAIAN WEBSITE Cr.RAHIM HARON
Cr.HAJI RAHIM BIN HARON
KAUNSELOR
PERUNDING KERJAYA/MOTIVATOR (SAMBILAN) 
KAUNSELOR BERDAFTAR MALAYSIA 0397
                         PERAKUAN AMALAN LESEN 01548 - AKTA KAUNSELOR 1998 (AKTA 580)
     16 TAHUN SEBAGAI KAUNSELOR
     JURULATIH PERASA (PEMBIMBING RAKAN SEKERJA)
WWW.KAUNSELINGKELUARGA.COM (MAKLUMAT BERKAITAN KAUNSELING KELUARGA)
H/P: 016-7196322                                                               EMAIL : rahim_nanie@yahoo.com
 KELAYAKAN                                                                 
Ijazah Sarjana Muda Sains ( Pendidikan  Bimbingan Kaunseling ) UTM 2002                                            
Sarjana ( Pendidikan Bimbingan & Kaunseling ) - PENYELIDIKAN KAUNSELING KERJAYA UTM 2008
                                                                    
Phd ( Pengurusan & Pentadbiran ) – Sedang melanjutkan pelajaran ketika ini

Monday, 21 July 2014

Kenangan Penulis mengerjakan Haji 2014

             
Image result for gambar masjidil haram

                                Gambar Masjidil Haram-kredit kepada www.citizenjurnalism.com
Motivasi : Coretan Perjalanan Pertamaku untuk menunaikan Haji (2014)/1435H September ini.

             Alhamdulillah itulah ucapanku tatkala menerima surat tawaran haji 1435H pada bulan November 2013 yang lalu. Tawaran ini memang ditunggu dan dinantikan sejak 2007 lagi ketika aku mendaftar untuk menunaikan Haji pada bulan Mac 2007 melalui cara Muassasah (biasa). Ketika itu usiaku 27 tahun dan harapanku hanyalah agar Allah membuka jemputan bagiku, isteri dan ibuku dan adikku. Untuk menantikan tawaran ini bukanlah perkara yang mudah apatahlagi dalam usia yang muda 34 tahun aku dan isteri serta ibu dan adikku dapat tawaran untuk mengerjakan haji. Dari pengalaman sejak mendaftar untuk menunaikan haji hinggalah melalui proses-proses persiapan sebelum, semasa dan ketika berakhirnya ibadah haji dan umrah nanti adalah pengalaman yang sangat indah dan menakjubkan. Ketika aku membuka blog motivasi haji dan umrah ini, aku ingin berkongsi pengalaman, kefahaman dan cabaran yang dilalui khususnya untuk mendapatkan haji mabrur. Harapanku, pada masa hadapan rakyat Malaysia khususnya yang berkeinginan untuk menunaikan haji dan umrah dapat motivasi dari blog ini. Mungkin blog ini akan menjadi salah satu cara dakwahku khususnya kepada golongan muda untuk memasang niat menunaikan haji atau umrah dari usia muda lagi. Pengalamanku adalah sebagai rakyat Malaysia dan beragama Islam kita perlu merancang dalam menunaikan ibadah Haji. Tanpa perancangan mungkin agak sukar untuk kita menunaikan haji dan umrah. Apatahlagi dengan kouta 1% sahaja rakyat Malaysia yang beragama Islam dibenarkan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan Haji menjadikan Haji adalah perkara yang perlu dirancang oleh kita sebaik-baiknya. 
                  Selaku kaunselor dan penceramah sambilan dalam pelbagai bidang, aku merasakan salah satu perkara yang perlu dilakukan adalah MEMBERI MOTIVASI HAJI & UMRAH kepada individu lain agar berupaya menunaikan haji dan umrah ketika hayat mereka dengan sempurna.
                  Apa yang aku tahu adalah kebanyakan individu mempunyai pelbagai persepsi apabila memperkatakan bab HAJI & UMRAH. Kebanyakan khususnya belia dan orang muda merasakan menunaikan haji dan umrah hanyalah dilakukan ketika usia tua. Walhal persepsi ini adalah salah. Bersambung...